Ingin Menyumbang Untuk Penyebaran Islam?
Sudah sampai masanya untuk anda menjadi sebahagian daripada penggerak utama penyebar Islam. Dakwah bukanlah sukar, malah anda mungkin sedang berdakwah tanpa menyedarinya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membantu kami untuk berkembang dengan sebaiknya melalui sumbangan anda.
#1 Portal Dakwah
Portal Udakwah.com menyediakan maklumat berkenaan ilmu dan kemahiran berkenaan cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat majmuk.
Kami memerlukan dana yang meliputi kerja-kerja pembangunan web portal, penghasilan artikel, infografik dan juga video pendek.
#2 Akademi Dakwah
Kami akan membangunkan sebuah FREE Online Learning Course yang memuatkan modul-modul latihan dakwah yang komprehensif, berperingkat dan praktikal.
Kursus ini khusus bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu dan kemahiran berdakwah dengan mudah dan berkesan.
#3 Universiti Dakwah
Kami merancang untuk mewujudkan sebuah Online University yang mampu melahirkan para da’ie yang akan mempraktikkan ilmu dakwah dan aktif melakukan kerja dakwah di lapangan.
Universiti ini akan menyediakan kursus bagi pendidikan tinggi bermula daripada peringkat diploma sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah.